Thursday, December 3, 2009

Main Baling Kasut Lagi..



SEORANG wartawan (dalam bulatan) membaling kasut ke arah Muntazer pada satu sidang akhbar di Paris kelmarin.

PARIS
- Wartawan penyiaran Iraq, Muntazer al-Zaidi yang dihukum penjara kerana membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, menjadi mangsa serangan serupa apabila dia pula yang dibaling kasut di sini.



MUNTAZER mengelak daripada terkena kasut pada satu sidang akhbar di Paris kelmarin.

Kejadian berlaku ketika dia berucap pada satu sidang akhbar kelmarin untuk mempromosikan kempen bagi membantu mangsa-mangsa perang di Iraq sebelum seorang lelaki yang mendakwa dirinya wartawan melempar kasut ke arah Muntazer.


Muntazer

Namun, rakaman televisyen menunjukkan kasut yang dibaling itu mengenai dinding berdekatan dengan kepala Muntazer dan sejurus kemudian kelihatan berlaku satu pergelutan.

"Dia mencuri teknik saya," ulas Muntazer.


WAJAH pembaling kasut ke arah Muntazer.

Media Perancis berkata, pembaling kasut itu ialah seorang wartawan Iraq yang berada dalam buangan.

Kejadian berlaku apabila wartawan itu mendakwa Muntazer menyokong diktator Saddam Hussein.


GAMBAR bertarikh 14 Disember 2008 menunjukkan Muntazer membaling kasut ke arah Bush di Baghdad.

Muntazer, 30, mula menjadi popular kerana pada 14 Disember 2008, dia menjerit ke arah Bush dengan menggelarnya sebagai anjing sebelum melemparkan kasut ke arahnya di Baghdad.

Dia melakukan perbuatan itu kerana tidak puas hati dengan serangan AS terhadap Iraq.

Dia dibebaskan pada September lalu selepas dihukum penjara selama setahun kerana didapati bersalah menyerang seorang pemimpin asing. - Agensi

Sumber KOSMO! ONLINE

**************************************************

Wednesday, December 2, 2009

7 Filem Melayu Kontroversi

Filem kontroversi sudah menjadi perkara biasa di Hollywood dan jgn terkejut, di Malaysia juga punyai filem2 kontroversi yg pernah menggegarkan industri perfileman kita. Dibawah adalah beberapa senarai filem dan ringkasan babak panas dalam filem tersebut.

1) Isabella (1990)
Filem indonesia ini dilakonkan oleh kumpulan lagenda rock negara kita iaitu Search bersama pelakon dari Indonesia. Filem ini dicipta sempena satu lagu popular Search, Isabella. Babak panas yang telah membuatkan filem ini kontroversi adalah adegan cium antara Amy Search dengan pelakon wanitanya dari Indonesia, Nia Zulkarnaen.

2) Gelora Cinta (1992)
Filem koloberasi antara Indonesia dan Malaysia sekali lagi mencetuskan kontroversi. Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai filem ini. Bahkan saya juga tidak pernah tahu sebelum membuat research kat internat. Berbalik pada filem tersebut, babak panas dalam filem ini menampilkan adegan bercium membabitkan dua pelakon utamanya, Imuda dan Nurul Ariffin di tepi pantai. Adegan berkenaan yang menjalani penggambaran di Port Dickson turut menampilkan Imuda berseluar pendek tanpa baju, manakala pelakon seksi dari seberang itu berpakaian mandi, dengan mendedahkan sebahagian tubuhnya. Namun, babak ini telah dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF)

3) Cinta Kita (1995)
Filem ini berkisahkan Tifa lakonan Sofea Jane, tomboy yang bersumpah tidak mempercayai lelaki selepas dikecewakan mula jatuh cinta dengan seorang penulis novel, Arman lakonan Aman Graseka. Filem ini kurang kontroversinya berbanding filem lain dalam senarai ini, tapi jika diperhatikan terdapat satu babak panas di mana Tifa mandi bersama Arman di lokasi air terjun.

4) Lenjan (1998)
Filem berkisahkan perogol bersiri ini punyai banyak babak panas. Filem lakonan dua hero Malaya iaitu, Eman Manan dan Rosyam Nor berjaya menaikkan nama filem ini. Adegan panas paling popular dalam filem ini dimana Rosyam Nor berlakon sebagai perogol bersiri merogol seorang wanita dan selepas itu mencium seluar dalam wanita tersebut.

5) Histeria (2008)
FIlem seram ini merupakan filem terbitan Tayangan Unggul. Filem arahan James Lee ini juga banyak memaparkan babak-babak yang mengerikan serta aksi mendebarkan. Tetapi satu babak panas ini menyebabkan filem ini dikenali ramai, iaitu babak bercium kaum sejenis yang dilakonkan oleh Alissa (Scha al-Yahya) & Zeta (Reanna).

6) Bohsia (2009)
Filem berkisahkan kisah hitam gadis yang bergelut dengan mat rempit. Bagi aku personally, topik filem macam ini dah lapok sangat. Carilah topik-topik lain yang lebih menarik. Anyway, back to the topic, Bohsia menampilkan beberapa adegan panas terutama dalam satu babak dimana Nabila Huda yang hanya dibaluti tuala bersama Shamsul Yusof.

7) Taubat Jalang (akan ditayangkan akhir bulan Nov ini)
Terbitan de’Baron Sdn Bhd, filem Taubat Jalang: Neraca Dunia Hakimnya dijangka mampu mencetuskan kontroversi kerana bukan saja judulnya yang sensasi tetapi naskhah arahan Nazir Jamaluddin ini juga padat dengan adegan panas. Tapi adakah benar2 panas?? Itu saya sendiri pun tidak tahu.. Dengar khabar filem ini akan dilabelkan 18SX. Pastikan korang tengok filem ini nanti.

Exclusive written by Man X
Subject: Entertainment

****************************************************

Tuesday, December 1, 2009

Janaduit.com Baru Dilancarkan Hari Ini

Janaduit.com merupakan platform untuk membantu usahawan internet baru yang ingin bermula dengan modal minima, dan berpeluang menjana pendapatan sampingan yang lumayan bersama mereka.

:-) MANIFESTO Janaduit.com nak Tarik Orang (-:

MODAL RM10 ANDA AKAN DAPAT

Miliki website replika anda sendiri
Mendapat koleksi ebook,video,software marketing tool
MenJANA DUIT sampingan 24jam/7hari seminggu
Laman iklan percuma untuk anda promosi bisnes sendiri
Dan banyak lagi..

SIAPA YANG LAYAK SERTAI PROGRAM INI

Semua warga Malaysia.
Penganggur.
Pelajar Sekolah.
Usahawan-usahawan kecil yang memerlukan modal bagi memulakan bisnes.
Pekerja berpendatan rendah.
Ingin Extra Income.
Penat Makan Gaji
Suri rumah tangga.
Diberhentikan kerja..? VSS/MSS!!
Mencari Perniagaan untuk ‘Early Retirement’
Siswazah menganggur
Siswa/Siswi di IPTA yang ingin menambah pendapatan (Memerlukan banyak duit untuk perbelanjaan harian/yuran semester).

KELEBIHAN JANADUIT.COM

Anda dapat membantu keluarga/rakan-rakan tuan-tuan dengan pendapatan yang diperolehi.
Mungkin tuan-tuan berhasrat bersara awal, inilah jalannya.
Dapat melangsaikan segala hutang (Kereta, Credit card, Rumah).
Mungkin tuan-tuan dah bosan dengan makan gaji dan inginkan pendapatan yg lebih besar.
Mungkin tuan-tuan boleh gunakan pendapatan dalam kerja-mudah.com untuk pergi bercuti.melancong.
Mungkin tuan-tuan ada menyimpan hasrat untuk menghantar ibu/bapa tuan- tuan ke umrah (bagi yg muslim) atau beli kereta untuk ibu/bapa tuan-tuan.
Mungkin tuan-tuan berhasrat untuk tukar kereta baru/beli rumah baru.
Mungkin tuan-tuan ingin mengubah cara kehidupan harian tuan-tuan.(stylo sikit)
Mungkin inilah peluang untuk meninggalkan sedikit bekalan kepada anak isteri tuan-tuan sekiranya ajal sudah sampai (bukan meminta, tapi hakikat)
*Tinggalkanlah keluarga tuan-tuan dalam keadaan selesa, bukan dalam keadaan meminta-minta.

:-) AYAT MEMANG MANTOP (-: Aku pun terjebak jugak...nasip

janaduit.com